Masih ingat bagaimana seorang mahasiswa yang menjadi pusat kepada insiden epik "Listen, listen, listen" suatu ketika dulu?
Dia bertanya dalam suatu congress untuk mempertahankan himpunan BERSIH dan membangkitkan isu pendidikan percuma, namun pengerusi majlis itu sebaliknya menghalang dia daripada terus berkata-kata.
Sebaliknya Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menghujani K S Bawani dengan sekurang-kurangnya 10 kali penegasan "Listen, listen, listen" itu.
Itu hampir empat tahun lalu.
Bawani bukan lagi mahasiswa yang seperti dulu sebaliknya dia kini adalah seorang peguam bertauliah pada Rabu lalu.
Klip video insiden itu yang pernah disebar Internet sudah menjadi kenangan.
Bawani berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang undang-undang di Universiti Utara Malaya (UUM) pada Oktober tahun lepas sebelum menjalani latihan sebagai pelatih selama sembilan bulan di sebuah firma undang-undang tempatan.
Pada 17 Ogos lalu Bawani hadir di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk menerima pengiktirafan sebagai peguam.
Namun, beliau masih memerlukan masa dua hingga tiga minggu lagi sebelum mendapat lesen peguam secara rasmi daripada Majlis Peguam Malaysia.
Bawani yang kini mencecah umur 30 tahun memulakan pengajian undang-undang di UUM pada 2011 dan gigih menghabiskan masa selama lima tahun sebelum berjaya menamatkannya.
Namun, mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya sebelum ini Bawani sudah double entendre memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2008.
Justeru Bawani hari ini adalah seorang wanita yang boleh berbangga kerana memiliki dua ijazah sarjana muda dalam dua bidang berbeza.
Pengajian dalam bidang undang-undang sememangnya tidak mudah bagi Bawani.
Sebelum ini dia bukannya tidak pernah terfikir untuk berhenti belajar tetapi sokongan yang diterimanya - terutama daripada insiden "Listen, hang on words, listen" itu - menguatkan semangat dan tekadnya untuk menghabiskan pengajian.
Pada masa sama sokongan orang ramai itu juga sebenarnya memberi tekanan kepada Bawani, lebih-lebih lagi apabila mereka mengetahui dia sudah menjadi peguam.
Bantu golongan pekerja
Antara harapan yang digantung pada bahu Bawani ialah dia menjadi penyelamat dan pejuang untuk sebarang isu hak asasi manusia, petani dan pekerja kilang bagi menghadapi ketidakadilan.
Memang pun isu hak asas manusia dan pekerja adalah tumpuan perjuangan Bawani selama ini terutama ketika aktif bersama Parti Sosial Malaysia (PSM).
Array berlaku sebelum dia memohon mengikuti pengajian undang-undang di UUM.
Bawani pernah mengendalikan banyak kes melibatkan hak asasi manusia dan pekerja ketika bersama PSM.
Semakin banyak kes yang diterima, Bawani kian terasa bagaimana suasana eksploitasi dunia kapitalisme terhadap kumpulan pekerja.
Suatu hari datang idea padanya untuk mendalami bidang undang-undang kerana ia membolehkan dia menghulurkan bantuan dengan lebih berkesan.
Penyertaannya dalam PSM membawa Bawani kepada perjalanan bidang peguam, namun Bawani kini hanya ingin menggunakannya profesionnya untuk membantu kumpulan yang sering menjadi mangsa kepada sistem sedia ada.
Dia sudah meletak jawatan sebagai ketua pemuda PSM pada Disember tahun lalu namun masih mengekalkan status sebagai ahli parti.
Walaupun sesetengah pihak mengharapkan dia menyertai politik secara langsung atau bertanding dalam pilihan raya, buat chadic ini Bawani tiada niat meander arah itu.
Sebaliknya dia ingin mengumpul pengalaman dalam kerjaya peguam untuk sementara waktu.
Melihat kembali insiden lalu, Bawani sebenarnya amat berterima kasih kepada orang yang memuat naik klip video "Listen, listen, listen" tersebut ke YouTube.
Ia bukan saja menjadikan Bawani terkenal malah menyebabkan orang ramai berminat untuk membincangkan isu pendidikan percuma.
Sehingga hari ini, Bawani tetap berpendapat kerajaan harus memberikan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat - dari peringkat rendah hingga ke universiti.
Dia juga berharap generasi muda pada hari ini boleh meneruskan perjuangannya walaupun seperti ditekankan Sharifah Zohra Jabeen, semua - termasuk haiwan seperti kucing dan anjing - menghadapi masalah.